hye semua
baru hari ni aku sempat nak conteng blog aku selepas cuti gawai
penat balik dari melancong sarawak ni (yelah tu!poyo jerk)
coretan kali ni aku nak coret kan pasal perjalanan aku ke Kuching
yang boleh aku cakap Kuching best
banyak tempat menarik cuma aku banyak tak sempat nak pusing-pusing satu Kuching.
masa aku sangat singkat dan tak sempat nak gi berjalan sangat.
aku pegi sana 31/6/2013 flight aku pukul 4 petang sampai sana pukul 5.45 petang
sebab flight yang aku naik transit ke sibu, so agak lambat sampai.
sampai je kat airport aku cari mereka-mereka (wiwi, daya, and watie) yang dah lama tunggu aku
hahaha terima kasih korang sebab datang jemput aku.
aku jalan-jalan Kuching ni tak banyak keluar bajet sebab kawan-kawan aku yang praktikal dekat sini ada dan sudi bagi aku tumpang kat rumah sewa dorang haha so, duit hotel dah kira out save! lepas tu transport pon dah tak payah pikir sebab dorang ada sewa kereta so duit untuk transport pon di kira out and save my bajet heheehe cuma aku bagi dorang duit minyak jelah.
first day aku kat sini tak jalan-jalan mana lagi sebab dorang pon penat baru balik keje terus ambil aku kat airport, so aku bagi dorang rehat jelah dulu.
tapi best juga melepak dengan dorang malam tu sebab nye dapat bergosip hahaha
nilah perempuan jumpa je gosip, nak buat macma mana dah lama tak jumpa dorang.
mestilah banyak cerita nak dicerita.
pagi esok nya baru lah aktiviti berjalan kite orang.
pagi-pagi lagi wiwi kena ambil geng JQ(ila, yana, jedi n mad) kat bus station sebab nya dorang naik bas gi sini aku je sorang naik flight hahaha.
lepas dah ambil dorang baru lah kitaorang nak pegi beraya rumah simon sempena gawai.
disebabkan kitaorang tak tahu nak ke rumah simon so simon suruh tunggu dia dekat tasik biru.
so kitaorang melepak jelah kat situ dan ambil-ambil gambar.
lepas beraya rumah simon baru pegi ke pasar satok.
kat situ kita orang beli barang dan aku amat lah tak suka sebab nya panas yang amat.
malam tu tengok midnight movie fast and furious 6.
memang best cite tu, siap aku bertepuk tangan tengok cite tu. (semangat kan aku?)
hari ke dua kita orang pegi ke kampung budaya petang tu kita orang gi lepak kat pantai pasir panjang, Santubong. yang boleh aku cakap pantai kat situ sangat best!! udaranya nyaman.
tapi malang nya hujan lebat pula.
so terpaksa lah balik. bila nak balik ada je halangan nak keluar situ jammed banyak kereta yang parking tepi-tepi bukit kat situ.
dah lah kereta yang dorang sewa manual, memang gegar arr bila ada kat tengah-tengah bukit.
time tu wiwi yang bawa kereta tapi aku tabik arr kat wiwi sebab dia cool je bila bawak kereta manual naik bukit tu.
malam tu pula kita orang lepak kat waterfront agak lewat juga sampai situ sebab sesat haha
yelah kita orang tak bapa nak paham jalan kat Kuching tu so, memang sesat barat nak mencari sesuatu tempat.
dalam pukul 11 malam baru sampai rumah.
memang penat aku tido lena malam tu.
esok pagi nya kita orang tak gi mana-mana.
cuma aku buat kan dorang kek batik and wiwi pula buat pasta.
tengahhari tu kitaorang gi beli ole-ole untuk kawan-kawan.
dan dalam pukul 2.30 petang kita orang terus ke airport untuk hantar aku.
flight aku pukul 4 petang and sampai bintulu dalam pukul 5.45 petang.
sampai kat kolej dalam pukul 6.30 petang.