Sunday, May 26, 2013

casuarina equisetifolia

mesti ada yang tertanya tanya apa tu casuarina equisetifolia
casuarina equisetifolia ni nama saintifik bagi pokok ru.
kawan aku tanya gak nape ko letak nama fb ko, nama tweet ko casuarina equisetifolia?
adakah nama dia best?
jawapan aku
nama saintifik bagi pokok ni memang best
tapi ada sebab aku suka pokok ni.
dari zaman aku kanak-kanak lagi aku memang minat dengan pokok ni
mula-mula aku tak tahu nama pokok ni
bila aku dah masuk U baru aku tahu nama pokok ni
terus aku letak nama fb aku casuarina equisetifolia
masa kecik-kecik aku suka tengok pokok ni
bila aku tengok pokok ni dari jauh nampak blur-blur je
bila dekat baru nampak jelas daun nya
daunnya sangat unik
dan lagi satu sebab aku sukakan pokok ni
bila aku pandang pokok ni rasa tenang dan pokok ni macam memanggil aku supaya dekat dengan dia
hurmmm hanya khayalan aku sahaja
hehehehe
kawan aku ada cakap macam ni kat aku
"awak ni pelik, tak ramai yang suka tengok pokok yang tak cantik macam pokok ru ni, tapi awak ni unik juga macam pokok ni. pokok ni biasa tumbuh dekat dengan pantai dan pokok ni dapat bertahan dengan arus ombak yang kuat.saya dah boleh agak yang awak pun ada sedikit sifat sama macam pokok ni. sifat sabar dalam menghadapi dugaan yang mendatang. itulah sifat awak, sebagaimana casuarina equisetifolia awak yang bertahan dengan arus ombak yang kuat"
mula-mula aku mengambil masa yang agak lama untuk faham ayat dia
lama-lama aku faham apa yang dia maksudkan tu.
semoga sifat sabar akan terus mekar dalam diri aku :)


No comments:

Post a Comment