Saturday, August 29, 2015

to ex

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu
Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!
 Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

jom detox!!

to all reader ,
hello, hi, assalamualaikum
ok sekarang ni aku ade jumpa satu produk best.
nak tau?nak Tau? nak tau?
produk detok yang sangat syok bak hang!!!
ALOVERA GEL!!!
produk LIVING FOREVER
memang sedap
dia ade 3 perisa: original, nectar berry n pitch.
aku selalu consume nectar berry
rasa buah berry macam air ribena pon ada
kalau minum air detox ni confirm buang air besar sangat lancar selancar-lancarnye
kalau uolls nak beli boleh order dengan iolls ye
juz wassup je kat no ni 017-6184727
nanti iolls cuba ok cuba reply order uolls.
iolls bagi harga kasih sayang je ni..hehehe
ni lah alovera gel original(ehsan dari en.google)
yang ni pulak alovera gel perisa berry yg selalu I consume (ehsan pic from mr.google)

yang ni perisa peach (ehsan pic dari en.google)
yang ni alovera gel freedom (yg ni hanya dijual di Singapore)

Saturday, July 11, 2015

nikmat mata

terasa mahu menulis sesuatu.
hari ini baru rajin nak buka blog ni.
dah lama kena tinggal.
kerja?
dah dapat alhamdulillah
kerja ok?
setakat ni ok lah
cuma nak cerita pengalaman balik kerja kena hon dengan beberapa buah kenderaan.
atas sebab-sebab contact lens aku teralih secara tiba-tiba
yelah aku kan rabun, nak pakai spek agak leceh sebab spek selalu jatuh sampai nak tutup lubang hidung aku.
yelah hidung tak mancung so nak tak nak kena lah pakai spek.
hari ni balik kerja hampir pukul 7 malam sebab hari ni banyak bas
so bila dah pakai contact lens ni cepat lah kering
sebab dah pakai lebih masa.
so sedang aku tengah ride bersama motor lc dengan tiba-tiba pandangan aku menjadi double.
dan aku tak perasan yang aku dah masuk lorong kenderaan lain.
dah berapa kenderaan hon aku siap ada angkat lampu lagi.
kesian kan aku?
bila nikmat mata sudah diambil Allah macam nilah jadinya
kepada mereka-mereka yang teringin nak pakai spek sangat nak buat macam ala-ala korea
baik tak payah.
susah bila nikmat mata dah kena ambik
jaga lah mata selagi boleh
jangan lah sampai nak pakai spek nak pakai contact lens sebab nak melawa
no
kerana anda mungkin tidak tau betapa derita nye bila jadi orang rabun
nak-nak bila time tak pakai spek or contact lens, kita berselisih dengan orang and orang tu senyum kat kita, tapi kita buat dek je.
dan-dan orang yang selisih dengan kita cakap kita sombong.
kasihan.
jaga lah mata sebelumnikmat mata diambil
sekian terima kasih

yang benar
sol

Saturday, February 28, 2015

pilihan

lepas habis belajar banyak pilihan nak kena buat
sama ada nak sambung study or kerja
sekarang ni aku pun tengah dilema
sama ada nak sambung study ke nak kerja
peluang kerja sentiasa ada
tawaran belajar apa kurangnya
dapat tawaran belajar di UPM
dapat juga tawaran belajar di overseas
nak gi yang mana satu pun tak tau
kalau ikutkan hati mahu ke overseas
nak tengok negara orang
nak tengok budaya orang
tapi......
ye sekarang ni penyakit aku banyak tapi
tapi, tapi tapi dan tapi
semua nya banyak alasan
kalau macam tu memang tak majulah aku
impian aku memang nak ke overseas tapi tak nak belajar
sebab aku dah penat nak belajar
aku nak gi sana pun sebab nak berjalan
kalau aku terima tawaran overseas rasa-rasa aku boleh fail aku nya master
hahahhahaha
sebab niat aku dah tak betul
end of the story
aku pilih untuk cari duit
aku dah malas nak fikir pasal belajar lagi
habis cerita

Friday, August 15, 2014

sakit

kalau Allah nak uji tanda nya Dia sayangkan kita
sabar sol sekarang keluarga kau sedang diuji
mak sakit dan sakit mak.....susah nak dikata
doktar sah kan mak aku hidap kanser tulang
sebab berdasarkan sejarah kesihatan mak aku selepas operate apendix
doktar sah kan dia ada kanser payudara
tapi mak aku nak berubat kampung sahaja
tu pon dia mengelat time nak makan ubat
dan kanser dia jenis yang bergerak
bila mak tak nak buat rawatan chemo n rdiotherapy
cell kanser tu pon merebak ke tulang dan menyebabkan tulang pinggang mak aku patah
sebab mereput dan sekarang ni mak aku hanya terbaring dekat hospital muar
doktar dah sah kan yang tulang belakang mak aku pon dah infected
sekarang doktar bagi calcium dan ubat tahan sakit sementara menunggu buah pinggang mak stabil untuk buat pembedahan nak masuk kan besi kat tulang pinggang.
selagi buah pinggang mak x berfungsi dengan baik selagi tu mak x boleh nak teruskan pembedahan
sedih dan sangat sedih
boleh ke makaku bertahan dengan semua ni
ya Allah...
apa yang Kau nak uji?
terlalu berat ujian mu ya Allah
aku takut mak x kuat
aku tengok mak sangat menderita
setiap kali jaga dia setiap kali dia mengadu sakit
mak sedih ada gak aku perasan mak nak nages
tapi mak tahan
adakah sakit sangat?
cepatlah mak aku sembuh
aku nak tengok mak senyum
aku nak tengok mak berjalan
dan yang paling penting aku nak mak sihat masa konvo aku nanti..

Friday, August 1, 2014

pandang bawah

mari kita pandang kebawah
ada apa dekat bawah tu?
ada dua tapak kaki kau lah
selain tu?
kesusahan, kesempitan, kesengsaraan mahluk yang ada dibawah kau
kau sedar tak semua tu?
tidak bukan
kau dah senang dah ada di kedudukan teratas
kau hanya pandang hina mahluk yang ada di bawah kau
kau suka?
kau riak sayang
sangat riak
tolong kau tak lama duduk kat atas tu
lama-lama kau akan jatuh jugak
ni aku nak pesan
mari kita lihat ke bawah
mari kita tengok dekat bawah
mari kita selami nasib mahluk-mahluk dibawah sana
jangan sombong
kitaran hidup bagai kitaran roda
berpusing-pusing sang nasib mahluk-mahluk di bumi
tidak kira umurnya
warna kulitnya
dan apa-apa saja

raya 2014

tahun  ni raya amatlah x best
sebab:
1) aku sakit gigi dan gusi
2) hati x tenang sebab nak bayar hutang ptptn
3) tragedi mh17 n mh 370
4) duit raya dapat sikit sahaja
5) x dapat nak jumpa kwn2 sebab kwn2 dah kerja n hnya cuti 2 -7 hari sahaja (x sempat nak jumpa)
6) serangan ke atas Gaza (dah nak kiamat tapi rasa masih bnyk dosa n masih leka)


diri ini masih banyak kekurangannya
masih banyak yang perlu dibaiki
siapalah insan kerdil ini
yang hanya terpikat dengan duniawi
Ya Allah
ampunilah dosa hambamu ini