Thursday, May 30, 2013

happy gawai

disebabkan aku belajar di sarawak
so, aku sudah terdedah dengan budaya masyarakat sarawak.
sekarang ni office aku dah kosong sebab ramai dah balik kampung
tinggal aku dengan beberapa staff je yang tak balik lagi
disebabkan aku ada ambil cuti lebih sempena cuti gawai ni
so, aku mahu jalan-jalan kuching
yehhhaaaa!!
kuching aku datang!!!
perancangan nak pergi kuching ni dah lama aku plan
dari bulan 2 lagi dah siap beli tiket flight
nasib baik time tu tiket tengah murah so amat lah berbaloi
aku kat sana dah tak payah tempah hotel or amek kete sewa
mereka-mereka yang praktikal disana sudah menanti kedatangan aku (menanti ke?) haha
so aku bole jimat kat situ
flight aku petang esok
tapi aku masih lagi belum packing barang
nilah masalah aku, bila nak traveling je tak tahu nak bawak berapa banyak pakaian
nilah antara part yang aku kurang gemar
hahaha biasa kalau nak travel yang tolong packing kan barang mak aku
tapi aku jauh dengan mak so, arrrgghhhhh kenalah buat sendiri
tak pe slow-slow buat
dikesempatan ni aku nak ucap kan selamat hari gawai kepada kawan-kawan yang sambut gawai
~garu guru gerai nyamai~ kotobian tadau tagazo do kaamatan~ hehehe


Sunday, May 26, 2013

casuarina equisetifolia

mesti ada yang tertanya tanya apa tu casuarina equisetifolia
casuarina equisetifolia ni nama saintifik bagi pokok ru.
kawan aku tanya gak nape ko letak nama fb ko, nama tweet ko casuarina equisetifolia?
adakah nama dia best?
jawapan aku
nama saintifik bagi pokok ni memang best
tapi ada sebab aku suka pokok ni.
dari zaman aku kanak-kanak lagi aku memang minat dengan pokok ni
mula-mula aku tak tahu nama pokok ni
bila aku dah masuk U baru aku tahu nama pokok ni
terus aku letak nama fb aku casuarina equisetifolia
masa kecik-kecik aku suka tengok pokok ni
bila aku tengok pokok ni dari jauh nampak blur-blur je
bila dekat baru nampak jelas daun nya
daunnya sangat unik
dan lagi satu sebab aku sukakan pokok ni
bila aku pandang pokok ni rasa tenang dan pokok ni macam memanggil aku supaya dekat dengan dia
hurmmm hanya khayalan aku sahaja
hehehehe
kawan aku ada cakap macam ni kat aku
"awak ni pelik, tak ramai yang suka tengok pokok yang tak cantik macam pokok ru ni, tapi awak ni unik juga macam pokok ni. pokok ni biasa tumbuh dekat dengan pantai dan pokok ni dapat bertahan dengan arus ombak yang kuat.saya dah boleh agak yang awak pun ada sedikit sifat sama macam pokok ni. sifat sabar dalam menghadapi dugaan yang mendatang. itulah sifat awak, sebagaimana casuarina equisetifolia awak yang bertahan dengan arus ombak yang kuat"
mula-mula aku mengambil masa yang agak lama untuk faham ayat dia
lama-lama aku faham apa yang dia maksudkan tu.
semoga sifat sabar akan terus mekar dalam diri aku :)


Saturday, May 25, 2013

usya awek

tajuk kita pada hari ini mengenai awek
bila berbicara pasal awek mesti lah pasal perempuan kan?
takkan lah pasal lelaki pulak.
pelik sangat tu
tapi aku lagi pelik
sebab aku perempuan tapi suka usya awek
tapi aku bukan lesbian ok
aku cuma suka tengok perempuan cantik
sebab apa? sebab aku pun nak cantik macam mereka-meraka yang cantik jugak
bila aku tweet yang aku suka usya awek cun dan seksi mereka-meraka cakap aku lesbian
but i'm not lesbian, i'm a straight person no bengkang benkong one..
mereka-mereka semua sudah salah tafsir dengan tweet aku
aku tak salahkan mereka-meraka sebab salah aku juga sebab keluarkan kenyataan macam tu
aku tak ada perasaan kat perempuan pon cuma suka usya je
maybe mereka-mereka tak faham maksud usya kot..
bagi aku usya tu macam suka tengok someone or something else but not interested with it.
itulah definasi usya bagi akulah tak tahu pada pandangan orang lain.
bagi aku, usya awek cun hanya untuk suka-suka je
lagi pun cantik tukan anugerah Allah
apa salahnya memandang kecantikan yang telah Allah kurniakan
so, tak salah lah aku usya awek cun. hehehe
cun kan awek ni hehe

Sunday, May 19, 2013

gate 21


disebabkan aku suka lagu ni so aku post pasal lagu ni
just enjoy :)

alone

alone
forever alone
memang sekarang aku tengah sorang-sorang
sebab aku tengah praktikal sorang-sorang
mereka-mereka juga bertanya
kenapa kau nak praktikal sorang-sorang?
kenapa tak nak sekali dengan kami?
aku jawap aku nak berdikari erk?? yeke?
yelah berdikarilah hidup sorang-sorang
bagi aku hidup sorang lagi best sebab kita rasa bebas
tapi tak semua nya best ada lah part yang kesunyian
terutama sekali masa makan, shopping,melepak
kalau aktiviti tu memang tak boleh buat sorang
sebab akan rasa sunyi
cepat lah habis praktikal aku dah malas nak ulang alik ke tempat kerja
nak kena bangun awal lagi perghh tak syok nye keje
kalau keje dapat duit tak pe
ni tak dapat duit
buang tenaga aku je
tapi tak pe untuk pengalaman
praktikal ni pon lebih kurang belajar juga
sabar jelah~

pagi Ahad

bangun pagi gosok gigi
buka laptop main game
game farmville dan marketland masih diatas ranking
my cousin ask me why you play that bored game?
I just say for fun only, problem?
orang cakap main game buang masa
tapi aku cakap main game boleh menjana idea
idea apa?
macam-macam idea boleh datang
antaranya, kalau main marketland
minda anda boleh berfikir macam mana nak bagi market anda maju
kalau main game farmville anda boleh berfikir macam mana nak majukan ladang anda
setiap game ada objektif nya
so kepada sesiapa yang tak berminat nak main game tak payah nak condem orang yang main game
setiap orang berbeza-beza cita rasa
tapi bagi aku game adalah salah satu cara nak menghilangkan stress
sape setuju sila angkat kaki!
now I'm trying to play dota
more fun more love !