Thursday, October 17, 2013

curi

hati susah nak luahkan cinta
jangan curi hati aku
aku belum bersedia
jangan ambil hati aku
aku tak mahu hati aku sakit
dari virus yang kau buat
kalau dah curi pulangkan lah balik
bodoh!
 nak pulangkan hati aku susah ke?
nak suruh aku bayar lawyer
gaduh di court
oh! aku tak ada masa untuk itu sayang
banyak lagi masa aku untuk hari-hari bahagia aku
sayonara

Saturday, October 12, 2013

teknologi

teknologi macam pelesit
kau tak beli handphone jenama terkini
kau ketinggalan zaman "katanya"
budak-budak sekarang bodoh sengal
melepak kat kedai makan bukak tab main game
gathering with family kat satu meja senyap
tanpa ada yang bersuara
masing-masing dengan handphone main game
bercit cat di alam maya
apa guna jika gathering family hanya bertemankan kesunyian
tanpa bicara
ah! itu semua teknologi
teknologi boleh membunuh ukhwah sesama manusia

Friday, October 11, 2013

mimpi

ini mimpi aku
jangan kau ganggu
aku mahukan mimpi ini berpanjangan
tolong jangan halang
untuk aku bermimpi

raya haji terakhir

pejam celik pejam celik dah 4 tahun duduk bintulu
dan ni adalah tahun keempat raya haji kat sini
macam biasa raya di perantauan
tadi call mak, dia masak apa raya haji tahun ni
dia cakap tak masak apa sebab anak-anak tak balik
alor sedih nya :'(
sorry mak bukan tak nak balik tapi ada urusan yang belum diselesaikan
sedih lah pulak bila dengar mak cakap macam tu
tapi tak apa ni raya haji terakhir di bintulu insya allah tahun depan boleh raya haji dengan mak abah
selamat hari raya haji pada semua umat islam didunia

Monday, September 16, 2013

broken angel

broken angel ni tajuk lagu...
aku suka lagu ni sebab muzik dia best
first time aku dengar masa rumate aku bukak lagu ni kuat-kuat
first time dengar macam wow sedap lagu ni!!
aku terus copy lagu ni dari rumate aku
aku dengar lagu ni banyak-banyak kali sampai aku dah jemu dengar
lagu ni kisah pasal dia tak boleh lupakan and tak boleh terima hakikat boyfriend dia dah mati
dia dah kawen dah ada anak masih lagi tak boleh lupakan boyfriend dia
sedih jugak lah tengok official video dia
ni apa yang aku faham dari official video dia lah
dalam video ni memang dorang ni pure love lah
yang aku tahu dia ada 2 versi
1 versi yang dia tak boleh terima hakikat yang boyfriend dia dah mati
yang versi kedua kot masa tu dia dengan boyfriend dia terlibat dengan kemalangan
dan boyfriend dia mati dia je yang terselamat
ni video dia
enjoy :)
yang ni pulak yang second version

layan lagu lama

kalau malam-malam aku tak boleh tido
aku akan berblog walking 
tak pun aku tengok youtube layan lagu-lagu lama
terutama sekali yang zaman 60-an nya lagu
perghhh wa cakap sama lu masyuk!!!
nak-nak lagu-lagu S.Jibeng, A.Halim,Wan, macam-macam artis lah
tak pun aku akan search lagu classic rock macam scorpian, guns N roses, and macam-macam lah
ada tu aku suka tengok video cover drum
sebab apa aku suka tengok orang main drum
 sebab orang yang main drum ni macam ada aura yang tersendiri
kalau aku ada masa, memang aku akan belajar main drum
aku ni pun peminat heavy metal, macam band system of a down, metalica, korn
sekarang nya lagu aku kurang berminat sangat lah sebab lagu sekarang merepek je
oh lupa zaman sekarang popular dengan kpop..
hahahaha wa tak minat kpop
kalau runningman jelah yang wa boleh terima yang lain-lain pasal artis kpop wa tak layan
nah! ni aku bagi korang satu video yang aku sedang layan pada waktu ini 
enjoy :)

sem yang serabut

hello orang2 di alam maya sekalian!!
sorry lah aku dah lama tak update blog
sekarang ni pon curi-curi masa nak update blog
ok sekarang ni aku dah masuk sem ke 7
dah jadi final year student
tahun depan insya Allah aku akan bergraduat sebagai student bacelor
keluaran ataupun produk Universiti Putra Malaysia.
sem ni memang serabut dengan 5 hari kelas pagi dan petang
aku pun tak tahu macam mana nak uruskan projek tahun akhir aku
pening aku dibuatnya
kalau orang yang tak reti uruskan masa kelas dengan projek dia memang boleh jadi gile
aku rasa thesis untuk bacelor lagi padat dan sangat susah nak uruskan
sebabnya budak-budak bacelor terpaksa buat projek dia dengan kelas yang agak padat
berbanding dengan budak-budak master or phd.
golongan-golong master dan phd biasa nya dapat tumpukan sepenuhnya pada projek diorang
sebab dorang ada banyak masa yang terluang dan dorang nye kelas pon sikit
aku harap sem ni aku nya projek dapat siap
sem depan aku target buat writing je
sekarang ni pun aku masih terkial-kial nak siapkan proposal FYP aku
banyak betul benda nak kena tahu
yelah kena lah penuhkan ilmu didada nanti kena tembak boleh jawab
hahahaha
choi bye!