Friday, August 15, 2014

sakit

kalau Allah nak uji tanda nya Dia sayangkan kita
sabar sol sekarang keluarga kau sedang diuji
mak sakit dan sakit mak.....susah nak dikata
doktar sah kan mak aku hidap kanser tulang
sebab berdasarkan sejarah kesihatan mak aku selepas operate apendix
doktar sah kan dia ada kanser payudara
tapi mak aku nak berubat kampung sahaja
tu pon dia mengelat time nak makan ubat
dan kanser dia jenis yang bergerak
bila mak tak nak buat rawatan chemo n rdiotherapy
cell kanser tu pon merebak ke tulang dan menyebabkan tulang pinggang mak aku patah
sebab mereput dan sekarang ni mak aku hanya terbaring dekat hospital muar
doktar dah sah kan yang tulang belakang mak aku pon dah infected
sekarang doktar bagi calcium dan ubat tahan sakit sementara menunggu buah pinggang mak stabil untuk buat pembedahan nak masuk kan besi kat tulang pinggang.
selagi buah pinggang mak x berfungsi dengan baik selagi tu mak x boleh nak teruskan pembedahan
sedih dan sangat sedih
boleh ke makaku bertahan dengan semua ni
ya Allah...
apa yang Kau nak uji?
terlalu berat ujian mu ya Allah
aku takut mak x kuat
aku tengok mak sangat menderita
setiap kali jaga dia setiap kali dia mengadu sakit
mak sedih ada gak aku perasan mak nak nages
tapi mak tahan
adakah sakit sangat?
cepatlah mak aku sembuh
aku nak tengok mak senyum
aku nak tengok mak berjalan
dan yang paling penting aku nak mak sihat masa konvo aku nanti..

Friday, August 1, 2014

pandang bawah

mari kita pandang kebawah
ada apa dekat bawah tu?
ada dua tapak kaki kau lah
selain tu?
kesusahan, kesempitan, kesengsaraan mahluk yang ada dibawah kau
kau sedar tak semua tu?
tidak bukan
kau dah senang dah ada di kedudukan teratas
kau hanya pandang hina mahluk yang ada di bawah kau
kau suka?
kau riak sayang
sangat riak
tolong kau tak lama duduk kat atas tu
lama-lama kau akan jatuh jugak
ni aku nak pesan
mari kita lihat ke bawah
mari kita tengok dekat bawah
mari kita selami nasib mahluk-mahluk dibawah sana
jangan sombong
kitaran hidup bagai kitaran roda
berpusing-pusing sang nasib mahluk-mahluk di bumi
tidak kira umurnya
warna kulitnya
dan apa-apa saja

raya 2014

tahun  ni raya amatlah x best
sebab:
1) aku sakit gigi dan gusi
2) hati x tenang sebab nak bayar hutang ptptn
3) tragedi mh17 n mh 370
4) duit raya dapat sikit sahaja
5) x dapat nak jumpa kwn2 sebab kwn2 dah kerja n hnya cuti 2 -7 hari sahaja (x sempat nak jumpa)
6) serangan ke atas Gaza (dah nak kiamat tapi rasa masih bnyk dosa n masih leka)


diri ini masih banyak kekurangannya
masih banyak yang perlu dibaiki
siapalah insan kerdil ini
yang hanya terpikat dengan duniawi
Ya Allah
ampunilah dosa hambamu ini

kerja lah

dah habis belajar cari kerja
kerja apa?
suka hati nak kerja apa
tapi budak2 sekarang memilih kerja
ada je yang tak memilih kerja
macam aku
sembat je kerja apa yang halal
yelah hutang ptptn dah kejar aku
so cepat2 cari kerja
tu lah dulu x nak belajar betul2 kasi grad first class degree
hmmm nasib ko lah labu
ni nak cari kerja semuanya nak ada pengalaman kerja
at least setahun
hoi aku langsung x de pengalaman kerja
aje merempat jugak aku ni kesian2
tak pe sol rezeki ada dimana-mana
berdoa berusaha dan bertawakal
insyaAllah dapat
amin

Tuesday, February 4, 2014

kematian

bila malam aku takut untuk tidur
sebab
aku takut untuk mati seketika
aku takut aku akan mati selamanya
tanpa bertaubat
ya Allah
berikan lah aku kesempatan untuk bertaubat sebelum ajal ku
ya Allah
semalam aku mimpi
seorang hamba Allah yang baru meninggal dunia
dalam mimpi tu aku berada disisi jenazah tersebut
setelah orang ramai meninglkan kawasan kubur jenazah tersebut
datang 2 lembaga serba hitam dan menyoalkan soalan
yang sudah lama bocor kepada jenazah tersebut
sungguh gerun suara lembaga tersebut
terus aku terjaga dari tidur
hanya mimpi sahaja kata hati aku
aku sambung tidur sehingga subuh
dan bangun solat subuh seperti biasa
bersiap-siap untuk ke lab kerana hendak menyiapkan fyp aku
setelah sampai di lab aku terus buat kerja untuk "run semua sample aku"
sementara menunggu result sample aku
aku terus buka fb
dan terlihat tentang perkhabaran kematian seorang kawan semaktab aku dulu
ya mrsm muarian
telah meninggal dunia pada hari ini
terus aku sedekah kan al-fatihah untuk beliau
terkadang aku terfikir
apakah mimpi aku malam tadi adalah satu pertanda??
bahawa Allah mahu aku tahu akan ada kenalan aku meninggal dunia
 adakah ini satu peringatan buat ku ya Allah??
peringatan ajalku semakin dekat??
ya Allah aku seorang pendosa
belum puas mengumpul harta untuk akhirat ya Allah
bagi aku peluang ya Allah
peluang untuk aku bertaubat ya Allah
ampunkan dosa aku ya Allah
ampun kan dosa aku
bagi aku peluang untuk aku bertaubat ya Allah

Tuesday, January 28, 2014

ilmu

ilmu sangat berharga
carilah ilmu ke serata dunia

sayang,
jangan lah kau merungut 
tentang susahnya cari ilmu
kerna ilmu itu tinggi nilainya
kerna ilmu kau dipandang
kerna ilmu kau hidup senang
kerna ilmu kau akan tenang

sayang,
jadilah dikau seorang pemburu ilmu
yang sentiasa dahagakan ilmu
yang tidak putus asa dengan ilmu
yang sentiasa bersabar dengan ilmu



carilah segala ilmu yang kau mahu
carilah segala ilmu yang boleh menyuluh langkah gelapmu
carilah segala ilmu yang boleh memimpinmu 
dari jatuh ke dalam gaung dalam
carilah ilmu yang boleh memberi sinar bahagia buatmu

tapi sayang,
beringatlah,
jangan kau terlalu berlagak dengan ilmu yang kau ada
kerna Dia ya Dia!
boleh ambil balik ilmu yang kau ada
persis orang gila
jangan berlagak dengan ilmu yang kau ada
takut nanti mereka-mereka membencimu
terbangkanlah ilmumu dengan hidupan lain
kerna ilmu itu milik Dia
dan ilmu itu adalah milik semua

Saturday, January 25, 2014

sejuk

terasa sejuk cuaca petang ni di Bintulu
rasa macam nak tido
tapi tak boleh nak tido
banyak kerja nak kena buat
tapi hati ni tetiba je rindu
orang di sana
hi! assalammualaikum mak abah!
kak eyah rindu mak ngan abah
cuaca sejuk-sejuk boleh mengenang orang nun jauh disana
terasa home sick tetiba
sabar sol tinggal lagi berapa bulan je lagi nak balik sana
chill babe!! 
huh!!
nak balik rumah
tapi...
oh no fyp!!
aku terlalu risau dengan fyp
cuaca sejuk macam ni buat aku malas nak buat fyp aku
kenapa lah cuaca sejuk sgt
cuaca sejuk membuatkan aku rasa malas
kenapa cuaca sejuk membuatkan kita malas??sila bincangkan
nak fikir pon malas 
macam otak dah beku disebabkan cuaca yang sejuk
logik ke?? tipu je hahaha
so konklusinya cuaca sejuk memang sesuai untuk hibernate 
bye!