Tuesday, February 4, 2014

kematian

bila malam aku takut untuk tidur
sebab
aku takut untuk mati seketika
aku takut aku akan mati selamanya
tanpa bertaubat
ya Allah
berikan lah aku kesempatan untuk bertaubat sebelum ajal ku
ya Allah
semalam aku mimpi
seorang hamba Allah yang baru meninggal dunia
dalam mimpi tu aku berada disisi jenazah tersebut
setelah orang ramai meninglkan kawasan kubur jenazah tersebut
datang 2 lembaga serba hitam dan menyoalkan soalan
yang sudah lama bocor kepada jenazah tersebut
sungguh gerun suara lembaga tersebut
terus aku terjaga dari tidur
hanya mimpi sahaja kata hati aku
aku sambung tidur sehingga subuh
dan bangun solat subuh seperti biasa
bersiap-siap untuk ke lab kerana hendak menyiapkan fyp aku
setelah sampai di lab aku terus buat kerja untuk "run semua sample aku"
sementara menunggu result sample aku
aku terus buka fb
dan terlihat tentang perkhabaran kematian seorang kawan semaktab aku dulu
ya mrsm muarian
telah meninggal dunia pada hari ini
terus aku sedekah kan al-fatihah untuk beliau
terkadang aku terfikir
apakah mimpi aku malam tadi adalah satu pertanda??
bahawa Allah mahu aku tahu akan ada kenalan aku meninggal dunia
 adakah ini satu peringatan buat ku ya Allah??
peringatan ajalku semakin dekat??
ya Allah aku seorang pendosa
belum puas mengumpul harta untuk akhirat ya Allah
bagi aku peluang ya Allah
peluang untuk aku bertaubat ya Allah
ampunkan dosa aku ya Allah
ampun kan dosa aku
bagi aku peluang untuk aku bertaubat ya Allah

No comments:

Post a Comment