bila malam aku takut untuk tidur
sebab
aku takut untuk mati seketika
aku takut aku akan mati selamanya
tanpa bertaubat
ya Allah
berikan lah aku kesempatan untuk bertaubat sebelum ajal ku
ya Allah
semalam aku mimpi
seorang hamba Allah yang baru meninggal dunia
dalam mimpi tu aku berada disisi jenazah tersebut
setelah orang ramai meninglkan kawasan kubur jenazah tersebut
datang 2 lembaga serba hitam dan menyoalkan soalan
yang sudah lama bocor kepada jenazah tersebut
sungguh gerun suara lembaga tersebut
terus aku terjaga dari tidur
hanya mimpi sahaja kata hati aku
aku sambung tidur sehingga subuh
dan bangun solat subuh seperti biasa
bersiap-siap untuk ke lab kerana hendak menyiapkan fyp aku
setelah sampai di lab aku terus buat kerja untuk "run semua sample aku"
sementara menunggu result sample aku
aku terus buka fb
dan terlihat tentang perkhabaran kematian seorang kawan semaktab aku dulu
ya mrsm muarian
telah meninggal dunia pada hari ini
terus aku sedekah kan al-fatihah untuk beliau
terkadang aku terfikir
apakah mimpi aku malam tadi adalah satu pertanda??
bahawa Allah mahu aku tahu akan ada kenalan aku meninggal dunia
adakah ini satu peringatan buat ku ya Allah??
peringatan ajalku semakin dekat??
ya Allah aku seorang pendosa
belum puas mengumpul harta untuk akhirat ya Allah
bagi aku peluang ya Allah
peluang untuk aku bertaubat ya Allah
ampunkan dosa aku ya Allah
ampun kan dosa aku
bagi aku peluang untuk aku bertaubat ya Allah
Tuesday, February 4, 2014
Tuesday, January 28, 2014
ilmu
ilmu sangat berharga
carilah ilmu ke serata dunia
sayang,
jangan lah kau merungut
tentang susahnya cari ilmu
kerna ilmu itu tinggi nilainya
kerna ilmu kau dipandang
kerna ilmu kau hidup senang
kerna ilmu kau akan tenang
sayang,
jadilah dikau seorang pemburu ilmu
yang sentiasa dahagakan ilmu
yang tidak putus asa dengan ilmu
yang sentiasa bersabar dengan ilmu
carilah segala ilmu yang kau mahu
carilah segala ilmu yang boleh menyuluh langkah gelapmu
carilah segala ilmu yang boleh memimpinmu
dari jatuh ke dalam gaung dalam
carilah ilmu yang boleh memberi sinar bahagia buatmu
tapi sayang,
beringatlah,
jangan kau terlalu berlagak dengan ilmu yang kau ada
kerna Dia ya Dia!
boleh ambil balik ilmu yang kau ada
persis orang gila
jangan berlagak dengan ilmu yang kau ada
takut nanti mereka-mereka membencimu
terbangkanlah ilmumu dengan hidupan lain
kerna ilmu itu milik Dia
dan ilmu itu adalah milik semua
Saturday, January 25, 2014
sejuk
terasa sejuk cuaca petang ni di Bintulu
rasa macam nak tido
tapi tak boleh nak tido
banyak kerja nak kena buat
tapi hati ni tetiba je rindu
orang di sana
hi! assalammualaikum mak abah!
kak eyah rindu mak ngan abah
cuaca sejuk-sejuk boleh mengenang orang nun jauh disana
terasa home sick tetiba
sabar sol tinggal lagi berapa bulan je lagi nak balik sana
chill babe!!
huh!!
nak balik rumah
tapi...
oh no fyp!!
aku terlalu risau dengan fyp
cuaca sejuk macam ni buat aku malas nak buat fyp aku
kenapa lah cuaca sejuk sgt
cuaca sejuk membuatkan aku rasa malas
kenapa cuaca sejuk membuatkan kita malas??sila bincangkan
nak fikir pon malas
macam otak dah beku disebabkan cuaca yang sejuk
logik ke?? tipu je hahaha
so konklusinya cuaca sejuk memang sesuai untuk hibernate
bye!
Friday, December 6, 2013
methyl paraben
methyl paraben??
apo bendonyo tu??
bende ni adalah satu bahan kimia sebagai pengawet kat lotion, shampo, deodorant semua barang2 kosmetik termasuk lah makan.
bende alah ni macam nak awet bahan2 kat dalam kosmetik or makanan supaya tahan lebih lama
so jika guna kosmetik or makan makanan yang mengandungi paraben boleh menyebabkan kanser sebab mempunyai aktivas estrogenik.
tak kisah lah methyl paraben ke, butylparaben ke or seangkatan dengannye atau lebih tepat lagi perkataan yang berakhir dengan paraben, cuba-cuba lah elak.
kosmetik yang aku guna sekang ni pon ada paraben
so terpaksa lah tukar
dah lah mahal
tapi tak pe aku akan cuba habis kan jugak kosmetik aku tu
lepas tu aku akan tukar produk lain
walaupun kuantiti or kepekatan paraben itu rendah, jika untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser.
*intai-intai produk apa nak pakai lepas ni..
senang pakai bedak sejuk je :P
Thursday, November 28, 2013
minions
minions yang comel
minions yang gemuk
minions yang gedik
suka tengok minions
rasa macam nak tumbuk-tumbuk je minions itu
kalau ada punching bag minions
dah lama aku beli
setiap kali makan megi bersama oat perisa coklat
mesti akan melayan citer minions
kalau lah kat dalam dunia ini wujud nya minions betul-betul
macam kat dalam citer itu
aku lah orang pertama yang akan memiliki minions minions itu
minions yang gemuk
minions yang gedik
suka tengok minions
rasa macam nak tumbuk-tumbuk je minions itu
kalau ada punching bag minions
dah lama aku beli
setiap kali makan megi bersama oat perisa coklat
mesti akan melayan citer minions
kalau lah kat dalam dunia ini wujud nya minions betul-betul
macam kat dalam citer itu
aku lah orang pertama yang akan memiliki minions minions itu
picture from Mr.google
bahasa minions yang boleh aku dengar dengan jelas:
Kampai
oca
kereto
bah
love~much~love~minions
spongebob dah jatuh ranking haha
sakit situ sana sini
hello hello hello
hai hai hai
lai lai lai
badan kejong
macam mayat hidup
sakit sana sakit sini
ini semua kerja mencucuk-cucuk
dari belakang badan
tinggal lagi berapa minggu untuk ke garisan penamat bagi semester ke 7
giler kencang punya kerja
sebab tu satu badan sakit
lepas habis belajar
aku nak pergi spa
urut-urut
rilek rilek
berdongdang sayang
lepas itu berfikir untuk pergi bercuti dengan family
oh! bila lah masa itu akan tiba?
hai hai hai
lai lai lai
badan kejong
macam mayat hidup
sakit sana sakit sini
ini semua kerja mencucuk-cucuk
dari belakang badan
tinggal lagi berapa minggu untuk ke garisan penamat bagi semester ke 7
giler kencang punya kerja
sebab tu satu badan sakit
lepas habis belajar
aku nak pergi spa
urut-urut
rilek rilek
berdongdang sayang
lepas itu berfikir untuk pergi bercuti dengan family
oh! bila lah masa itu akan tiba?
Saturday, November 23, 2013
serabut
aku serabut
kepala kusut
macam nak tercabut
itulah yang ingin aku luahkan
sakit hati
terasa hati
makan hati
lepas tu mati
lagi tujuh bulan nak habis belajar
tapi aku rasa macam tujuh tahun
Ya Allah tolong lah hamba Mu ini
senangkan lah perjalanan ke pintu kejayaan ku Ya Allah
kepala kusut
macam nak tercabut
itulah yang ingin aku luahkan
sakit hati
terasa hati
makan hati
lepas tu mati
lagi tujuh bulan nak habis belajar
tapi aku rasa macam tujuh tahun
Ya Allah tolong lah hamba Mu ini
senangkan lah perjalanan ke pintu kejayaan ku Ya Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)


